Saturday, May 8, 2010

Mosque Silhouette - Islamic Clock Widget

Mosque Silhouette - Islamic Clock Widget

TAKRIF SOLAT

Solat adalah salah satu rukun islam selepas mengucap dua kalimah syahadah.Solat mesti dilaksanakan dan merupakan kewajipan setiap individu muslim.Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T.:

"Maka dirikanlah solat,sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang
beriman,yang tertentu waktunya".

Berdasarkan maksud ayat al-quran diatas,ulama fikah bersepakat menyatakan bahawa sesungguhnya solat merupakan kewajipan yang harus diketahui dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim yang mencukupi syarat-syaratnya.

Solat merupakan ibadah utama dalam islam,setelah mungucap dua kalimah syahadah.Solat disyariatkan sebagai tanda syukurnya seseorang kepada nikmat Allah yang diturunkan oleh manusia.Solat juga merupakan pembeza antara seorang muslim dan kafir serta mempunyai berbagai hikmah bagi kehidupan keagamaan dan pendidikan untuk peribadi mahupun untuk masyarakat

Solat juga merupakan tali penghubung dan pengikat seorang hamba dengan Penciptanya.Melalui solat seseorang dapat mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.,mendekatkan diri kepada Allah dan menimbulkan rasa tenteram di dalam jiwanya dan seterusnya mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.

Oleh yang demikian,badan dakwah (People Of Musolla)ingin membahaskan persoalan solat ini mulai daripada peringkat permulaan untuk dijadikan panduan asas dalam melaksanakan ibadah dengan cara yang sempurna untuk diamalkan.

Solat menurut bahasa iaitu doa.Daripada segi syarak pula solat ialah beberapa bacaan,perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam serta beberapa syarat tertentu.


Created by:People Of Musolla(CREW)